Thursday, 27 December 2012

Permulaan .

Menaipnya saya di sini kerana saya tidak menulis . 

Begitu mata ini susah untuk dipejamkan . Tanpa sebab . . . *berfikir sejenak* . Yeah , mungkin angkara tidur di siang hari . Inilah padahnya . Jadi burung hantu tidak bertauliah . InshaAllah esok pergi daftar jadi burung hantu . ohh , comel gitu . 

Sedang aku mula melelapkan mata sambil mendengar lagu retro dengan niat ia mampu buat diri ini terlena . Tapi ... tidak berkesan . Alahai . Jadi diri ini tekad untuk bangkit dan menghidupkan komputer riba . Kononnya mahu menaip ala-ala penulis . Tapi bakatnya hilang dibawa arus sungai . Sayu bunyinya . (aduh , begitu diri ini lemah dalam jarak atau tidak berkaitan dengan 'di') . 

Sudah jauh diri ini melalot . Marilah kita pulang ke pangkal jalan . Mari ... *hulur tangan* .